Aku berpendapat bahawa keinginan atau kemahuan yang gagal dipenuhi sewaktu kecil tidak akan pernah hilang. Seperti aku teringin untuk memiliki sepasang but bola sepak, atau sebuah komputar peribadi atau sebuah mountain bike atau macam-macam lagi.
But I don't come from a filthy rich family; and Ayah can't afford all that.
Aku - cuba menjadi anak yang memahami - hanya mampu menelan hakikat dan menerima kenyataan hidup ini tidak selalu seperti apa yang aku impikan. Dan aku fikir ini sedikit sebanyak mendidik aku untuk menjadi seorang realis (walaupun entah di mana silapnya, aku akhirnya condong menjadi seorang pesimis).
Tahun lepas, seorang kawan yang baru pulang dari luar negara bercerita mengenai keinginan terpendam. "Aku beli ni pun, bukan apa. Sebab memang dah lama teringin. Waktu sekolah dulu telan air liur tengok orang lain pakai kasut (sambil menyebut jenama yang aku sudah lupa). Sekarang bila dah ada duit sendiri, aku cari balik kasut yang sama. Aku nak jugak pakai kasut yang aku tak dapat pakai waktu sekolah dulu."
Aku mengangguk bersetuju. Jauh di sudut hati, aku faham perasaan yang dikongsinya. I admit, not getting what I want is suck. But look at the bright side, at least I turned out fine and kudos to myself for not being such a whiny fucker.
10:05 PM Sun 23/06/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan