Mengulang tonton siri-siri tivi dengan kerap, akhirnya membuatkan aku bertemu titik yang menghubungkan setiap satu daripadanya. Kerana di sebalik hiburan dan falsafah dan gelak ketawa, wujud sesuatu (ah, 'sesuatu' terlalu meta bunyinya) yang meyakinkan aku bahawa tontonan intensif selama ini bukanlah kerja sia-sia.
Menonton Two and a Half Men S03E18, misalnya. Dalam satu babak di ruang tamu, Charlie berkata kepada Alan, "My point is, you don't dry clean a rented tuxedo. You don't redecorate a hotel room. You don't order cable for a porta potties... unless you're really, really drunk."
I mean, I get the gist, and the essence of humor. There's no obligation to get emotionally attached to people, or things, too easily and for no apparent reason.
Namun ini dibawa ke satu tahap yang lain (jika pun tidak lebih tinggi) oleh karakter Mr. Bean ciptaan Atkinson. Dalam episod Mr. Bean in Room 426, Bean telah melanggar ungkapan 'you don't redecorate a hotel room', secara literal.
Tidak puas hati dengan hiasan dalaman bilik penginapan yang tidak menepati citarasanya, Bean bertindak menukar tirai jendela dan terendak lampu kepunyaan hotel; digantikan dengan kepunyaannya yang dibawa dari rumah. Serta turut menggantung sebuah lukisan untuk menjadikan suasana bilik berhawa lebih peribadi.
Ini humor yang cerdik, bagi aku. Why on earth would you redecorate a hotel room?
7:52 PM Wed 26/06/2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan