Rabu, 13 November 2013

(VII)

(I)
I always get what I want. Just not on time.

(II)
I don't watch new season of any tv series anymore. Most of them are plain horrible.

(III)
Nilai-nilai kehidupan, dibentuk bukan sehari dua. Kepercayaan dalam diri, datang bukan dalam tempoh semalaman. Asas kepada pembawaan diri ini, bermula dari umur setahun jagung. Sebab itu, aku sering percaya bahawa kunci untuk mengenal diri adalah dengan merenung kembali ke belakang, sambil mencari sisa-sisa memori waktu kecil.

(IV)
Keupayaan untuk melakukan compulsive lying, jika aku tak salah, adalah hasil latihan intensif diri ini yang percaya kepada konsep 'why not?'.

(V)
Buah fikiran dalam minda aku, anehnya, berbentuk dialog; dua hala. Semacam sentiasa ada dua suara berbeza, tetapi tetap menuju pengakhiran yang sama.

(VI)
Pernah sekali, begitu leka menyusun perbualan imaginasi dengan seseorang yang ingin aku temui, sehingga apabila bertemu, keghairahan untuk berbual hilang begitu sahaja.

7:04PM Wed 13/11/2013