"Tiramisu," M jawab.
"Tira miss you?" aku cuba bergurau.
"Haih..." dengus M, "Tirami--
"I get it, I get it. Bergurau pun tak boleh."
M buat muka tak puas hati. I don't know what's wrong with her. Such mood swings can't never be predicted.
"Sedap," aku puji walaupun kek - tak kira apa perisa, warna, bentuk sekalipun - bukanlah kegemaran aku.
Dalam pada menikmati suapan demi suapan, aku fikir, aku sudah belajar untuk menerima dan seterusnya bertolak ansur dengan kepercayaan atau kegemaran atau citarasa manusia lain. Kelihatannya seperti aku semakin percaya bahawa kecenderungan seseorang terhadap apa-apa objek atau idea adalah sesuatu yang bersifat peribadi.
Sebagai contoh, filem kegemaran kamu mungkin adalah filem Melayu seperti Hantu Dalam Botol Kicap atau Apa Celop Toqq atau beratus-ratus lagi filem dengan tajuk bebal begini. Itu tak mengapa, aku kira. Malah jika kamu terpa ke muka aku dan tempik, this is the greatest/funniest film ever. Well, to be honest, I'm running out of fucks to give.
Aku hanya mampu bersangka baik dan beranggapan bahawa, to put it simply in a less judgmental way, citarasa kamu cuma terhad setakat itu. Citarasa yang mempunyai batas. Citarasa yang tidak pergi jauh.
Aku hanya mampu bersangka baik dan beranggapan bahawa, to put it simply in a less judgmental way, citarasa kamu cuma terhad setakat itu. Citarasa yang mempunyai batas. Citarasa yang tidak pergi jauh.
Sedikit sebanyak ini membuatkan aku kedengaran seolah-olah self-righteous dan koya superior. Heh, what kind of person do you think I am?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan