Berpuasa hampir dua minggu. Bermakna, tinggal lagi dua minggu selebihnya untuk berpuasa sebelum seluruh umat Islam menyambut hari raya. Suasana hari raya belum kelihatan dengan begitu ketara samada di media elektronik atau cetak (which is good actually). Ini tidak, belumpun sempat berpuasa sudah sibuk berbicara tentang hari raya. Dan juga iklan menjengkelkan sempena hari raya di skrin televisyen.
"Fuck you. Raya will come soon enough. You just have to... wait," I said to them.
Aku tidak terlalu hiraukan perihal remeh seperti warna baju raya, pakaian baru, langsir baru, set pinggan mangkuk baru dan segala macam baru. Memetik kata-kata Tyler Durden di dalam Fight Club (1999) ;
"We're consumers. We are by-products of a lifestyle obsession. Murder, crime, poverty, these things don't concern me. What concerns me are celebrity magazines, television with 500 channels, some guy's name on my underwear. Rogaine, Viagra, Olestra."
Kali terakhir aku beli/tempah baju Melayu adalah 4 tahun lepas. Kerana aku hanya memakainya setahun sekali. Atau dua kali. Okay, paling banyak tiga kali. Dengan menyemai rasa bersyukur dan bersederhana dalam diri (dalam erti kata sebenar), keperluan untuk bergaya dan melaram ketika hari raya aku humbankan ke tepi. Aku tak perlukan kosmetik dan tempelan material untuk menyatakan, "Hey, hari ini hari raya! And I'm wearing my new custom-tailored baju Melayu. Osem, isn't it?"
Selain kegembiraan dapat menatap wajah-wajah sanak saudara yang sudah lama tidak bersua, aku lebih selesa merayakan variasi hidangan dan juadah. Lemang, ketupat palas dan pulut, nasi lemak, rendang dan seribu satu hidangan wajib hari raya. Perut kenyang, hati senang.
Oh ya, paling penting, duit raya. Period.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan