Isnin, 12 September 2011

Hello reality!

Setelah bercuti raya dua minggu, hari ini aku masuk semula ke kelas dengan langkah longlai. Permulaan yang tidak menggembirakan. Pendek kata, tiada motivasi langsung untuk menerima sebarang pengajaran dari pensyarah yang berada di hadapan. Tugasan yang aku bawa pulang sewaktu cuti gagal disiapkan sepenuhnya. I put the blame on me because I'm the one who procrastinate. Padan muka sendiri, huh!

Apa yang aku lakukan di dalam kelas ialah ketawa dan berborak bersama rakan sebelah. Banyak yang mahu dikongsi dengan mereka setelah dua minggu tidak berjumpa. Berborak tentang pengalaman hari raya, hal-hal remeh melibatkan tugasan kolej dan perkara-perkara rawak. Sekurang-kurangnya, itu sesuatu yang tidak membosankan demi memastikan mata aku tidak mengantuk mengharungi syarahan teori. Anyway, ianya sesuatu yang bagus untuk kembali bertemu rakan serumah dan sekelas. Selain itu, tiada apa-apa yang lebih menarik untuk dikongsi bersama.

I'm looking forward for tomorrow \m/

Tiada ulasan: