Did I ever tell you how much I love watching How I Met Your Mother sitcom lately?
Siri komedi genius yang mengisahkan bagaimana seorang bapa meriwayatkan kepada anak-anaknya detik dia bakal/sedang/telah bertemu dengan isteri merangkap ibu mereka dan seribu satu bingkai memori dirangka bersama sekumpulan rakan-rakan terselit in between the story.
Mengambil suasana bandar New York sebagai latar untuk kebanyakan babak, naratif dianjak ke depan ke belakang mengikut kesesuaian penceritaan. Melompat dari satu episod ke satu episod tidaklah begitu janggal, bagi aku. Punbegitu, setiap episod mampu (well, kinda) berdiri dengan sendirinya tanpa kamu perlu merujuk episod lepas dengan maha teliti. Bahasa mudahnya, kamu tak akan terpinga-pinga kebingungan jika terlepas satu episod.
Aku sukakan setiap satu karakter yang ada. Malah setiap karakter dibina tali-menali dan saling berkait antara satu sama lain. Seperti mana Ted, Marshall dan Barney mengaplikasikan falsafah esentrik seperti Bro Code di dalam kehidupan seharian mereka. Salah satu petikan dari kitab Bro Code, "A Bro is always entitled to do something stupid, as long as the rest of his Bros are all doing it." Bunyi macam bodoh, well honestly, ianya memang bodoh. Fyi, kitab ini ada dijual di pasaran dan juga boleh dimuat turun dalam format PDF. True story.
Bercerita tentang karakter, tidak lengkap jika aku tidak menyentuh mengenai watak Barney Stinson lakonan Neil Patrick Harris. Babaknya yang kekal aku ingati ialah bilamana dia berdoa di dalam gereja dan berkata, "God, it's me, Barney. What up? I know we don't talk much, but I know a lot of girls call out your name because of me. Awesome." Gemar mengenakan sut sepanjang masa dan di dalam siri ini dia membawa watak seorang womanizer. Ironinya, di dunia realiti, Barney Stinson adalah seorang gay!

Aku boleh bazirkan sepanjang hari menonton siri ini. I re-watched it over and over again. Ianya jujur dan tidak begitu terdesak untuk menjadi medium penyucian moral. Gaya hidup dan nilai-nilai hedonisme yang dipaparkan juga tidak begitu mengganggu aku. Malah kelakar bila mengenangkan bahawa sitkom ini perlahan-lahan telah mengubah pandangan aku terhadap perhubungan, perkahwinan dan persahabatan dan paling penting. kehidupan.
Oh my, I can't wait for season 7!
Oh my, I can't wait for season 7!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan