Ahad, 18 September 2011

Pasca-raya

Perkara pertama aku mahu lakukan tatkala melihat perut yang semakin ke depan (I refuse  to use the word 'buncit') adalah berlari setiap petang. Atau melakukan apa-apa aktiviti yang mampu menerbitkan peluh. Pergi ke gimnasium? No way, lebih baik duit yang dilabur untuk sesi bersenam digunakan untuk makan (see, apa sahaja yang aku lakukan akan kembali semula kepada makanan. Karma is a bitch!)

Tetapi aku tiada masa untuk semua itu. Atau lebih tepat, aku terlalu malas.

Usai kelas sekitar pukul 4 petang, selalunya aku akan terus terbaring longlai di bawah putaran bilah kipas. This, eventually, will lead to you-know-what. Tidur sehingga melanggar waktu Maghrib. Ha ha!

Sebentar tadi, aku pergi ke jamuan rumah terbuka. Nasi minyak, kari kambing, laksa, lemang, ketupat, rendang and kotiau (pardon the spelling). Melihatkan deretan makanan yang tersedia di depan mata, I told myself, "This is too good to be true!"

I can't resist food temptation. I just don't know how to.

Tiada ulasan: