Malam yang sepi, tidak berisi sebarang makna. Aku berbaring seorang diri melihat siling, telus menembusi bumbung membawa aku menatap langit gelap di bawah minda sedar. Aku mencari yang tiada. Aku mencari yang tiada.
Malam yang sepi, aku sulam bersama imaginasi aneh yang bermain di dalam hati. Dialog prosaik yang berkumandang tanpa henti. Membisikkan angan-angan yang dangkal. Membunuh seluruh deria rasa hingga aku langsung terdetik, "Apa yang Tuhan cuba buktikan?"
Malam yang sepi, aku mahu simpan di dalam laci memori yang kosong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan