Rabu, 21 September 2011

Lame old story (3)

Salah satu subjek yang paling aku benci sewaktu di bangku sekolah dahulu adalah Matematik. I always suck in Mathematics. Antara sebab utama aku memilih jurusan perniagaan untuk pengajian diploma adalah untuk mengelak dari mengambil subjek yang melibatkan penggunaan nombor, equation dan apa lancau. Malah aku pernah menolak jurusan pengaturcaraan komputer semata-mata kerana tidak gemarkan subjek matematik.

Tetapi malangnya, little did I know, aku terpaksa juga bergelut dengan perakaunan, kewangan, statistik semasa di kolej. Makna kata,  aku tetap dibelenggu nombor-nombor yang menjengkelkan. Daymn!

To be honest, I don't have strong foundation in Mathematics. Salah sendiri kerana selalu ponteng kelas dan bermain di dalam kelas. Kurang minat, ya ya ya, itu juga salah satu sebab utama. Terasa seperti berada di dalam neraka setiap kali mendengar pembelajaran teori yang membosankan.

Neraka. Aku ulang semula, neraka.

Tiada ulasan: