Isnin, 7 Mac 2016

I'm crawling back to bed

1. ♪ Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku ♪

2. Goddamnit, lagu pop celaka ini dah melekat dalam kepala aku sepanjang hari.

3. Selaku seorang manusia yang banyak habiskan masa menonton video di laman YouTube, tidak dapat tidak, pasti akan selalu tersesat ke daerah gelap YouTube, yakni tempat di mana video-video aneh dan entah apa-apa terhimpun. Malam semalam aku bazirkan tiga minit dalam hidup aku menonton video seorang manusia mengupas buah betik. Kupas buah betik, for fuck's sake.

4. "Dah bayor ke belum?" Loghat Perak yang keluar dari mulut seorang perempuan yang duduk di sebelah aku.

5. Kadang-kadang, aku renung wajah Ayah dan aku rasa hiba. Entah berapa banyak pengorbanan, duit, tenaga, dan masa lelaki ini habis begitu sahaja untuk membesarkan kami adik-beradik, sediakan makanan atas meja, tempat tinggal, keperluan asas dan segala macam kemahuan. Teringat sebuah perbualan dengan seorang kawan tempoh hari, aku kata, "Entah berapa banyak impian waktu muda dia, yang mungkin cuma tinggal impian, sebab nak berkorban dan lebihkan hal-hal keluarga. Impian yang dia langsung tak pernah cerita pada sesiapa."

6. Alas, one can only write so much. Later!

Tiada ulasan: