Jumaat, 23 Ogos 2013

They're like friends I never had.

Apa khabar agaknya kawan-kawan kegemaran? Dengan hidup yang semakin dibuai kesibukan, dihimpit keletihan, aku semacam tiada daya untuk bertukar-tukar sapa, atau mencuri sedikit masa untuk menjenguk intai kehidupan sesiapa pun di mana-mana laman sosial.

Jika ada pun, mungkin dihabiskan dengan hanya menatal gambar-gambar rawak Instagram milik gadis-gadis rawak.

Aku fikir, kelompok kecil manusia yang mengerumuni aku ini (perasan lebih, aku yang mengerumuni mereka) sedikit sebanyak mempengaruhi rutin-rutin kecil dalam hidup aku. Mereka mendengar musik yang aku dapati kebanyakannya bagus belaka, membaca buku-buku yang bagus juga, dan lain-lain hal mutual yang tidak dapat aku fikirkan sewaktu sedang menulis ini.

Di sebalik hakikat, aku tidak pernah bersua muka dengan mereka, membuatkan aku sedikit bingung. Bagaimana persabahatan (jika itu tidak keterlaluan) ini berfungsi? Kadangkala, ia seakan-akan merobohkan konstruk ciptaan aku terhadap sesebuah persahabatan selama ini. Di mana tiangnya? Di mana manisnya? Berapa luas bumbung yang menaungi diri kami ini?

It's getting pretty late. I'm going to bed now. Good night.

2:03AM Fri 23/08/2013