I sat quietly not far from M, as I enjoyed watching her struggling in front of a mirror. Sekejap tangannya ke kiri, ke kanan. Sekejap ke atas, ke bawah.
"Need help?" Aku pecahkan suasana. M berhenti seketika daripada melilit tudung untuk membalas.
"Shut up," bentak M, sambil merenung aku melalui refleksi cermin besar di hadapannya, seolah-olah tahu bahawa aku sedang menyindirnya.
Aku ketawa kecil. "Pakai je-lah yang biasa. Buat apa susah-susah lilit dua tiga kali."
"Yang ni sesuai dengan warna baju," M sambut. "And it looks cute on me. Kan, kan?"
"Vain..." aku balas.
11:59PM Wed 28/08/2013
"Vain..." aku balas.
11:59PM Wed 28/08/2013