Sabtu, 24 Ogos 2013

Berat kaki

"The first step is always the hardest," M kata, sambil melunjurkan kaki ke hadapan, kemudian perlahan-lahan bangkit untuk meregangkan badan pula.

"That's true," aku balas, terkial-kial cuba untuk menguatkan ikatan tali kasut. I bought a new pair of running shoes last week. Hell, it cost me a fortune!

Setelah berehat panjang selama hampir dua bulan, aku kira sudah tiba masanya untuk kembali ke trek larian. Untuk menyingkirkan makanan-makanan yang telah bertukar menjadi lebihan lemak dalam badan. Dengan. Kadar. Segera.

"Let's go, shall we?"

8:26PM Sat 24/08/2013