Selasa, 13 Ogos 2013

Lights will guide you home

Tahun ini, aku ambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung sempena sambutan hari raya. Kerana hati ini terasa begitu malas untuk bertemu sanak-saudara, bertukar-tukar khabar, berbalas-balas teguran dsbnya.

Jadi aku, seorang diri, menyambut hari raya tanpa sesiapa di sisi selama hampir tiga hari.

Dan kini, aku semakin memahami perbezaan di antara kesunyian dan kebosanan.

9:45 PM 13/08/2013