Aku bangun awal pagi ini, sembahyang Subuh dan kemudian keluar mencari makanan.
Aku hidupkan enjin dan beli nasi lemak tak jauh dari rumah. Tak sedap mana pun, bolehlah sekadar untuk mengalas perut waktu pagi yang sejuk ini. Nasi lemaknya tak lemak. Sambalnya pula rasa seperti sambal semalam yang dicampur sambal hari ini (penjimatan kos, my ass).
Aku beli empat bungkus (aku makan dua). Bila siap dibungkus, makcik itu minta, "4 ringgit 80 sen, dik."
Aku gagau dompet. Holy shit, aku cuma ada 4 ringgit. Aku belek lagi dompet, mencari duit terselit. Sudah tentu ianya hanya pencarian retorik, kerana aku tahu, aku sudah kehabisan duit.
Jadi aku letak 4 ringgit yang aku ada di atas meja dan terus berlalu dari situ, tanpa menoleh ke belakang.
Bukan kali pertama aku buat begitu. Di restoran Mamak, aku kerap makan dan minum percuma. Pesan roti telur dua dan Horlick ais, sedangkan di dalam dompet, aku cuma ada 1 ringgit.
Kadang-kadang aku bayar juga, walaupun bukan dalam amaun sebenar. Aku pesan Milo ais tetapi bila tiba di kaunter, aku bayar, "Mamak, ais kosong satu, haa."
Aku sudah kenyang, sekarang aku mahu baring di atas katil. Good morning, world!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan