Malam Jumaat lepas, aku makan malam bersama kawan-kawan perempuan. Ianya makan malam pertama kami untuk semester empat. Kami berborak, bergelak tawa dan err, mengutuk manusia lain. Makanan yang sedap dan kawan sekelas adalah kombinasi yang sempurna.
Malam itu juga, aku teks kawan aku di Ipoh, bertanya di mana tempat yang bagus untuk bersarapan pagi. Memandangkan kelas aku belum bermula untuk semester ini, jadi aku punyai banyak masa terluang.
"Esok pagi, aku call kau," aku kata kepada Fairuz.
"Okay, okay."
Malam itu aku bermain futsal pula, dari pukul 1 hingga 3 pagi. Despite rasa mengantuk yang amat sangat, aku pergi juga bermain kerana sudah terlanjur berjanji.
Pagi Sabtu, aku ke Ipoh seorang diri. Merempuh dingin pagi. Sesampai di sana, aku tunggu Fairuz sebelum bersarapan pagi bersama. Makanannya sedap (aku pesan sesuatu yang sedap tetapi lupa namanya), dicampur vibe Ipoh yang damai.
Selepas itu, aku ke rumah sewa Fairuz sekitar Ipoh Garden, menghabiskan masa tengahari aku dengan melepak dan menonton filem. Petang itu, aku keluar dengan kawan-kawan perempuan, menghabiskan dua hingga tiga jam berjalan-jalan, makan dan berborak sesuatu yang err, aku sudah lupa. Sewaktu berjalan-jalan bersama mereka, aku sudah terlalu mengantuk. Tak berselera untuk bercakap dan bersembang, lebih banyak mendengar dan tersenyum. Ketika itu, aku hanya mahukan bantal dan selimut.
Malam itu, sebelum pulang ke Seri Iskandar, aku makan dulu bersama mereka. Selepas pulang ke Seri Iskandar, aku ke Ipoh semula pukul 11 untuk makan Mee Kari paling sedap di dunia.
Betapa letih jangan dikenang. Habis lenguh satu badan, kaki aku juga kebas. Akhirnya aku pulang dan tidur tak sedarkan diri. Tanpa bertemankan apa-apa mimpi. zZz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan