Bila aku duduk bersembang semeja dengan manusia lain, aku ada dua pilihan. Sama ada turut sama bersembang bersama kamu atau sekadar diam mendengar. Bergantung kepada situasi, selalunya aku akan turut serta bersembang jika aku berminat. Aku tak akan bazirkan air liur aku pada sesuatu yang aku tidak berminat.
Kadangkala, aku hanya diam. Mendengar sahaja perbualan manusia lain. Itu bermakna, aku tak berminat untuk turut serta di dalam perbualan. Mungkin kerana topik kamu membosankan dan malah kamu sendiri membosankan.
Bosan bosan bosan!
Menguap menguap menguap!
Aku adalah manusia cool yang hadam psikologi manusia. Kamu pula adalah manusia poyo yang membosankan. Period.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan