Aku tak pernah sukakan filem seram. Tak pernah dan tak akan suka sama sekali. Atas sebab mudah, imaginasi aku terlalu liar. Jika hantu di dalam filem itu hodoh, imaginasi aku boleh jelmakan semula hantu itu berganda-ganda lebih hodoh. Aku kerap mengelak dari menonton filem seram, sama ada di televisyen mahupun skrin komputer. Aku lebih rela menutup mata daripada menatap imej-imej hantu. Imej-imej yang bakal memamah minda aku.
Nadzirah telefon aku, "Alep, nak tengok movie tak petang ni?"
"Cerita apa?" aku tanya.
"Khurafat," dia balas.
Aku diam seketika, tak tahu untuk beri reaksi apa. Aku bukan peminat filem Melayu (atau Malaysia?). Malah filem Melayu terakhir aku tonton di pawagam adalah Senario The Movie. Itu adalah 10 tahun yang lalu, barangkali.
Tetapi, dalam separa sedar dan diresapi intoxicity, aku jawab, "Haa, boleh lah. Tiket pukul berapa?"
"Pukul 4 petang," dia sambut.
Aku tak tahu kenapa aku terima pelawaan itu. But then again, aku sudah terlanjur berjanji. Mahu tak mahu, aku perlu juga pergi kerana tiket sudah ditempah.
Aku tiba di panggung tepat pada masanya (aku rasa-lah), sambil duduk diapit Syamira dan Helmi. Mulanya aku fikir, mungkin aku patut tutup mata ataupun tidur ketika filem ini ditayangkan. Namun apa nerakanya aku ingin menutup mata sesudah membayar tiket berharga 13 ringgit. Jadi aku bulatkan mata untuk menonton.
Filem ini biasa sahaja. Tidaklah begitu menarik perhatian aku (mungkin kerana aku bukan peminat filem seram), dan aku juga tak berminat untuk menulis sebarang ulasan panjang tentangnya.
Despite aku lebih banyak bersembang dan ketawa bersama Syamira ketika filem ini dimainkan, elemen kejutannya tak begitu membanggakan. I was like, "Damn! Aku tau hantu tu mesti datang dari belakang punya. Lepas tu dari kiri, lepas tu kanan. Yada yada yada."
Jika ada manusia ajak aku tonton filem seram selepas ini, aku patut kata tidak. I should learn how to say no.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan