Arep bangun dengan rasa malas-malas. Letih benar badannya. Ikutkan hati memang dia malas untuk buka mata, apatah lagi bangun awal pagi begini. Paling dia tak tahan, air sejuk umpama ais waktu menjirus untuk mandi.
Dia pandang jam dinding. Terkebil-kebil sambil mengesat mata. Sudah pukul 8, dia monolog sendirian. Arep duduk di sisi katil, menghirup udara pagi. Dia goncang kotak rokok di atas meja sebelah katil. Kosong. Digumpalnya kotak itu lalu dicampak ke dalam bakul sampah.
Arep perlu bangun awal pagi ini. Jika tidak kerana janji dengan Zaini semalam, pasti dia sedang terbongkang tidur ketika ini. Zaini pesan kepada Arep di rumahnya semalam, "esok kau datang pukul 9 pagi. Jangan lewat, sebab tengahari esok aku ada urusan lain."
Itu bukan kali pertama Arep bertemu dengan Zaini. Zaini berumur sekitar 30an, tua 5 tahun dari Arep. Sebelum ini kerap juga Arep ke rumahnya. Siapa tak kenal Zaini. Kalau ada apa-apa masalah, orang akan mencari dia. Zaini bukan tok bomoh, pawang, ahli sihir atau apa, malah dia cukup marah jika ada orang memanggilnya sedemikian.
"Aku bukan bomoh. Daripada aku jadi bomoh, baik aku kerja dekat 7-E," Zaini kata.
Dengar khabar, Zaini banyak keistimewaannya. Lagenda mengatakan dia mampu sapu nasi 5 pinggan sekali makan. Tidur 48 jam dan mandi sepantas 2 minit. Arep ragu-ragu juga dengan Zaini. Tetapi apa boleh buat, dia tiada pilihan lain.
Melangkah masuk ke dalam tandas, Arep celup tangan ke dalam kolah. Menggeletar tangannya. Dalam hati dia kata, esok juga aku mahu ke kedai elektronik dan beli shower water heater. Namun, itu cuma mimpi. Makan dan minum pun cukup-cukup, lagikan mampu untuk beli benda alah itu. Duit sewa, bil itu, bil ini, duit minyak yada yada yada. Arep menetap di pinggiran bandar. Rumah sewa yang sedang didiaminya sejak setahun lalu. Dulu, dia tinggal bersama dengan seorang kawan tetapi kawannya sudah keluar. Pindah ke kawasan lebih bagus.
Kerja sebagai pereka grafik di syarikat kecil mampu untuk menyara hidup. Selama ini, belum pernah lagi ada rekod Arep kebuluran. Cuma duit lebih untuk berseronok jarang ada. Namun, dia tak pernah merungut. Hidup begini sudah cukup bagus.
Selesai mandi, Arep cepat-cepat sarung pakaian dan hidupkan enjin keretanya. Dalam perjalanan, dia teks Zaini, "aku on the way."
Sesampai di rumah Zaini, ada sebuah kereta di halaman. Arep tunggu di luar kereta. Menanti Zaini keluar menjemputnya. Seketika kemudian, Zaini keluar, "tunggu kejap, lima minit lagi."
Arep tunggu. 5 minit. 10 minit. 15 minit. 20 minit. Dia benci menunggu, seperti tunggul kayu. Silap haribulan, jika lama benar menunggu, sudah lama Arep pulang. Mujur pagi ini moodnya baik. Cuaca juga redup dan sedikit berangin. Selepas beberapa lama, baru keluar seorang pemuda beredar dengan kereta yang diparkir di halaman tadi. Melihatkan muka Zaini, perkataan pertama yang keluar yang keluar dari mulut Arep, "Haram jadah 5 minit. 5 minit janji Melayu."
Zaini ketawa kecil. Dia kenal perangai Arep.
Duduk di sofa, di hadapan Arep terhidang kuih sepiring dan air kopi secawan. Dia bencikan air kopi. Bagi Arep, air likat hitam legam pahit itu tak layak dijamah tekaknya. Jika di rumah, dia lebih selesa dengan air teh atau apa-apa, selain dari air kopi. Namun, sudah adat bertamu ke rumah orang, Arep hirup juga.
"Sekarang, macam ini lah," Zaini kata, "benda yang aku suruh kau cari ini, ada dalam kertas aku tulis."
Zaini tuding jari ke arah kertas di atas meja. Arep tenung kertas itu. Dia garu kepala, "apa benda ini Zaini?"
Arep pandang muka Zaini dan kemudian pandang semula kertas berisi tulisan itu. Pelik sungguh permintaan Zaini. Dia mahukan...
(malas nak sambung)
Ha ha ha!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan