Di Seri Iskandar, Perak ini, kedai, gerai, restoran, warung, outlet, francais berasaskan makanan adalah sedikit jumlahnya, let alone fast food franchise. Pilihan makanannya juga terhad (padan dengan populasi penduduknya).
Hurm, where do I even start with?
Di sini, restoran Mamak hanya ada 4 buah (correct me if I'm wrong). Dua buah di Sidec dan dua buah lagi di Bandar Universiti. Aku jarang ke restoran Mamak di Sidec. Selain faktor jarak, restoran Mamak di sana tak punyai vibe yang sentimental untuk melepak. Malah terkesan, aku semak kepala melihat pelajar UiTM bersepah-sepah di sekitar sana. Makanannya tak perlu aku cerita, ianya tipikal Mamak. Tak sedap mana pun.
Dua buah restoran Mamak di Bandar Universiti juga tak punyai apa-apa keistimewaan. Tetapi aku lebih suka suasana di sini. Pekerja Mamak di sini juga sudah kenal dengan kami serumah. Memandangkan lokasi restoran Mamak ini hanya beberapa langkah dari rumah sewa aku, maka tak hairan ia jadi tempat melepak aku dan kawan-kawan. Selain itu, sudah beberapa kali aku makan percuma di situ (if you know what I mean).
Berkenaan makan tengahari, jika aku tidak membungkus makanan dari kafeteria kolej, selalunya aku akan makan tengahari di restoran Melayu (kadangkala, restoran Mamak). Misalnya, restoran Deli Planet. Makanannya biasa-biasa sahaja (walaupun ada yang mengatakan makanannya murah). Suasana restorannya tidak begitu menyenangkan. Gelap, kusam dan muram. Restoran Tg. Corner di Bandar Universiti overrated, barangkali. Makanannya teruk dan tambah sakit hati, mahal pula. Jika kamu melepak makan malam di situ, kamu akan mati kebosanan. Persekitarannya mati, laksana desa tak berpenghuni. Umpama kamu dihantar ke Coventry.
Makan malam pula, aku pilih restoran Nasifah, Madina, Sabila, Mesra Tomyam, Nasi Lemak Kukus dan Gelas Besar. Ini antara tempat yang kerap aku kunjungi. Restoran Nasifah makanannya okay dan servisnya pantas. Nasi goreng kampungnya aku kira sedap juga. Restoran murah dan servis pantas adalah kombinasi sempurna. Restoran Madina juga salah satu tempat kegemaran aku. Dengar cerita ramai tak berani makan di sini, konon restoran ini disantau. Tetapi aku peduli apa. Kalaupun aku mati disantau, at least aku mati kekenyangan. Kebelakangan ini, aku kerap berkunjung ke restoran ini. Bukan kerana makanannya bertambah sedap atau apa. Cuma salah seorang pelayan perempuannya, cukup cantik di mata aku. The fact she's being sooo nice to me juga menyebabkan aku senang berkunjung ke situ. Hai, awek Kelate. xoxo!
Well, anyway, jika mahu merasa masakan pantai Timur, aku sentiasa ada restoran Sabila. Nasi dagang dan nasi kerabunya quite nice. Tomyamnya juga cukup sifat. Tak terlalu pedas, dan tak terlalu tawar. Jika mahu merasa masakan tak sedap dan sup tawar, dipersilakan ke Mesra Tomyam. Aku tak tahu kenapa restoran ini ramai pengunjung, walhal masakannya serius hampeh sehampeh-hampehnya. Restoran Nasi Lemak Kukus juga dalam kategori hampeh. Malah, aku pernah jumpa lalat mati di dalam bungkusan nasi lemak. Tak guna punya restoran!
Last but not least, restoran Gelas Besar di hadapan kawasan perumahan Sidec. Inilah restoran paling hampeh, bagi aku. Servisnya lambat, pelayannya bingung dan masakannya juga so-so. Aku tak pasti apa nama sebenar restoran ini, tetapi semua orang memanggilnya Gelas Besar (terkenal dengan jus buahan bergelas besar). Kali terakhir aku makan di sana, aku tak henti-henti memaki kerana makanan dan minuman lambat sampai. Aku tunggu setengah jam untuk segelas air kosong, kamu tahu. Aku ulang, segelas air kosong!
Bila melibatkan makanan, aku memang cerewet. Dang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan