Isnin, 3 Januari 2011

Memori seorang moralis insaf

Adik just enrolled in kindergarten. Ayah hantar Adik pagi tadi. Aku bangun tidur, sedar-sedar, rumah dah sunyi. Kosong, senyap.

Pukul 12 tengahari, aku jemputnya di sekolah. Bila nampak kelibat aku, terus dia berlari terpa ke arah aku.

"Ish, kenapa lambat sangat?", dia rungut, dengan ekspresi muka tak puas.

Aku lihat jam. Okay, lewat lima minit.

"Adik menangis tak tadi?", aku tanya.

"Tak la. Mana ada Adik menangis," dia balas.

Sepanjang perjalanan pulang, tak henti-henti mulutnya bercakap. Mungkin pengalaman pertama yang mengujakan bagi dia. Aku yang mendengar, hanya ketawa kecil.

"Tadi dekat sekolah, ada dua orang nama sama dengan Adik. Dua-dua orang nama Haziq."

Yeah, you heard it right. Adik bernama Haikal Haziq (walaupun nama sebenarnya lebih panjang).

Memori sewaktu aku masih di tadika sudah hampir luput dari ingatan. Aku tak begitu ingati zaman itu. Cuma aku masih kekal berhubung dengan beberapa orang kawan rapat dari tadika. Difikirkan balik, aku sudah begitu lama berkawan dengan mereka. Terlalu lama.

Beberapa hari sebelum sesi persekolahan tahun 2011 bermula, aku dan adik-beradik bersembang tentang memori zaman persekolahan. Yang mana, ianya hampir buat aku hilang akal, ketawa sepanjang malam. Aisyah pernah terbawa tiga ekor anak kucing ke sekolah (tak tahu bila anak kucing itu melompat masuk ke dalam beg). Manakala, kawan aku Fahmy Ikhwan pernah terbuang air besar di dalam seluar. Sehingga kini, bila berjumpa dengannya, aku ketawa sendirian.

Memori zaman sekolah, hargailah.

Tiada ulasan: