Pengharapan orang lain terhadap diri ini boleh ditolak tepi. Pengharapan terhadap diri sendiri bagaimana pula? Dengan hidup yang tidak membawa aku ke mana-mana, dengan rutin sama setiap hari. Membuatkan aku seperti hilang arah tuju, atau mungkin arah tuju sudah ada sebenarnya tetapi aku hilang jejak untuk seketika.
Murakami kata, pengulangan rutin ini boleh dilihat kesannya dalam jangka masa panjang. Lebih kurang macam proses menguatkan rohani, dengan membenarkan diri diuji dengan rutin sama.
Aku tidak setuju. Malah aku berasakan rutin ini adalah sesuatu yang celaka. Makan nasi adalah rutin bagi aku. Tetapi makan nasi dengan lauk yang sama setiap hari adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Nasi, aku andaikan sebagai teras kepada maha rutin. Lauk pula sebagai variasi yang mengaburi supaya rutin tidak kelihatan menyesakkan dan membosankan. Dan percayalah, melarikan diri sepenuhnya daripada rutin adalah mustahil. Sama sekali.
Begitu juga dengan penulisan. Menulis adalah benda yang mudah. Tetapi apakah menulis tentang perkara yang sama sudah mencukupi? Persoalan ini tidak aku tujukan kepada sesiapa, hanya untuk diri sendiri.
Buat masa ini, aku seakan-akan sudah melupakan cita-cita untuk menerbitkan sebuah novel, himpunan cerpen, fragmen atau apa-apa. Niat itu sentiasa ada namun kadangkala aku alpa. Kelekaan yang tidak disengajakan.
Kalau pun tidak berbumbungkan mana-mana rumah penerbitan, aku sudah berjanji (not exactly berjanji but I think you get the gist) untuk menghadiahkan senaskhah karya kepada kawan-kawan rapat secara do-it-yourself, sifar untung, dijamin rugi.
Kerana mereka tidak pernah memandang rendah cita-cita aku. Mereka percaya bahawa aku ada sesuatu untuk disuarakan. Mereka percaya kepada kebolehan aku untuk menulis.
Kalau pun tidak berbumbungkan mana-mana rumah penerbitan, aku sudah berjanji (not exactly berjanji but I think you get the gist) untuk menghadiahkan senaskhah karya kepada kawan-kawan rapat secara do-it-yourself, sifar untung, dijamin rugi.
Kerana mereka tidak pernah memandang rendah cita-cita aku. Mereka percaya bahawa aku ada sesuatu untuk disuarakan. Mereka percaya kepada kebolehan aku untuk menulis.
Mungkin kata-kata Murakami mengandungi kebenaran. Cuma aku masih muda, tidak sabar dan sentiasa mahu segera. Maka atas sebab itu kata-katanya tidak begitu terkesan setakat ini.
5 ulasan:
mungkin dah tiba masanya kau mula baca tulisan Pessoa dalam the absence of ANYTHING exciting happening in his life. yang bagi aku agak menarik pada mulanya (bila dia complain of the world) tapi die down kepada kasihan on his loneliness and boredom of... nothing ever happening. stagnant.
I'm talking about the book of disquiet, that is.
Loneliness and boredom, I think I can live with that. Sebab dalam kesunyian, you don't really (have to) care about other people.
Masalah hanya timbul when you take a peek at other people's life, dan kemudian kau rasa hidup kau macam takde progress langsung.
Macam pernah jumpa buku tu. Tapi tak beli, mahal sangat haha.
But not being able to devote your life in another, (not exactly conforming, that is), or to care, is bound to make you feel groundless. You think of yourself as safe, impenetrable, in not caring and not being cared off, but in actuality, this detachment is bound to make you utterly lonely. Unreal. Cut off. Estranged. Once in a while, I think solitude is okay, but one has to venture out at some point? To progress?
Unless that is, you're quite happy being lonely alone.
Merepek sudah ni. I should write in my own blog.
Notes from the underground, Dostoevsky, then.
But then you have to ask yourself, progress untuk apa? Jika progress untuk membuktikan wujudiah diri kepada orang lain semata-mata, maka nilai solitude sudah menjadi sesuatu yang tiada apa-apa.
That's why some people chose to be alone, as in prefer to live in denial. Proses detachment buatkan kau cipta dunia sendiri, create your own pace, create your own progress, create your own reality, thinking the world only revolves around you.
Now the only question remains is, berapa lama kau boleh berada dalam penafian?
Well progress is such a general word, kan? Not exactly for others, but for yourself. In order to achieve that happiness of being. Not conforming, merely taking in along the virtue of others. Participation. Sampai bila nak baca dari buku sahaja?
Such an individualistic take to build on yourself, narcissistic, even, is one philosophy yang akan bound to collapse out of selfishness and arrogance. Bila kau negate others dalam hidup, hoping people to orbit around you, instead of you others (remember that you yourself are orbiting alone - eh macam sains pulak), you're not really going anywhere/ learning, are you.
Of course, live long enough in denial you're bound to be delusional.
We'll end this. Ramble oi.
Point is participation. Communion. Not surrendering your own individuality.
:)
Catat Ulasan