Bak kata seorang penulis (atau siapa-siapa, dah lupa nama), sometimes we only remember what we want to remember.
And by that, yes, we do selectively remember.
Ini terjadi apabila sewaktu proses pencernaan maklumat, yang mungkin tidak lengkap atau bercampur-campur atau apa, menyebabkan memori kadangkala bersifat berat sebelah.
Tetapi aku tidak begitu berminat untuk mengulas tentang ini dari sudut teoritikal. Kerana yang lebih penting adalah apa yang terjadi kepada aku, yang sengaja aku ingin kongsikan di sini.
Kali terakhir aku berjumpa dengan sesiapa daripada kolej (tak kira teman serumah atau rakan sekelas atau pensyarah) adalah sewaktu sesi pembentangan latihan industri pada bulan Mac lepas. Sejak itu, aku tidak lagi berjumpa dengan mereka secara fizikal, melainkan saban hari menatal kicauan mereka di laman Twitter.
Cuma raya Aidilfitri itu hari, aku bertemu semula dengan Zam. Satu Syawal, aku turun bas di Butterworth, kemudian minta tolong Zam untuk ambil dan hantarkan aku ke Sungai Petani.
We didn't talk much. Walaupun aku ada banyak perkara yang ingin dibualkan sebenarnya. Dia letih beraya, aku pun letih beraya, jadi suasana dalam kereta hanya dipenuhi dengan soalan-soalan mengenai perkembangan semasa diri masing-masing.
Juga tidak banyak yang berubah. Zam, yang kali terakhir aku jumpa Mac lepas, masih lagi Zam yang sama. Kecuali kali ini, dia sudah bekerja dan (mungkin) tidak lagi berkira dalam hal wang ringgit.
Atau ia barangkali hanya kesan revertigo. Seperti yang aku tonton dalam siri How I Met Your Mother S03E16, bila Lily mula berkelakuan aneh tatkala bertemu semula kawan lamanya, Michelle.
Ini aku rasai ketika bertemu kembali dengan Zam. Aku tiba-tiba ada kecenderungan untuk berkelakuan sama seperti kali terakhir kami bersua muka. Bagaikan memori yang terbeku, kemudian cair semula apabila kami berbual. You know... just like old times.
Sekaligus mengaburi pertimbangan aku, yang dengan selamba berkata, "Tidak banyak yang berubah sebenarnya."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan