Dengan September bakal tiba beberapa hari lagi, aku tutup tirai Ogos dengan membeli (yet another) buku Distant Star oleh Roberto Bolaño.
I've been spending way too much on books, since early this year. Jadi aku pujuk diri untuk berhenti membeli seketika. You know, slowing things down a little bit. Habiskan buku-buku yang belum dibaca atau ulang baca mana-mana buku (yang berbaloi untuk diulang baca).
Sekurang-kurangnya berhenti daripada membeli buku baru sehingga hujung tahun ini.
Sekurang-kurangnya berhenti daripada membeli buku baru sehingga hujung tahun ini.
Cadangnya, aku ingin ke Pulau Pinang hujung minggu ini. Ada beberapa acara (pesta buku sebenarnya) yang ingin aku tujui. Oleh kerana Fairuz baru sahaja memulakan latihan praktikal di Hospital Pulau Pinang, aku tidak perlu kalut lagi memikirkan perihal tempat tidur. Aku boleh habiskan hujung minggu di sana, sambil membelek-belek buku-buku yang ingin dibeli.
Lupakan cita-cita untuk berjimat. Pesta buku sentiasa termasuk dalam senarai pengecualian.
Punbegitu, buta-buta menuju ke Pulau Pinang dengan duit (yang masih boleh tahan) banyak dalam akaun bank, adalah tindakan yang tidak begitu cerdik. Aku ada beberapa hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Urusan konvokesyen yang terbengkalai, bil-bil celaka yang tertangguh serta wang simpanan yang susut mendadak pasca raya.
Setelah segala urusan tersebut selesai, maka barulah soal relevan atau tidak kunjungan ke Pulau Pinang boleh dipertimbangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan