Kadang-kadang aku singgah ke rumah Mak Chaq, untuk sesi tunjuk muka. Selaku anak menakan yang jarang pulang ke kampung, dan selalu tidak ada dalam gambar kenang-kenangan keluarga, sekurang-kurangnya yang boleh aku lakukan adalah singgah bertanya khabar sekali-sekala.
Setiap kali kami berkumpul beramai-ramai, I'm trying hard not to be the center of attention. Kerana bila diri ini dituju dengan bermacam-macam soalan peribadi, ia sesuatu yang aku dapati sukar untuk ditepis. Bila nak kahwin, bila nak beli rumah, bila nak cari kerja yang lebih stabil, bila nak itu, bila nak ini.
As if I'm doing nothing with my life, dan seolah-olah hidup aku seperti biji catur yang boleh dikawal sesuka hati. My go-to response, selalunya angguk dan iyakan semuanya. Because I figured that's the only way to shut them up.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan