Last Friday, I took a night bus ride from my home in Sitiawan to Putrajaya. Mulanya aku ingin berhenti samada di Hentian Duta atau Puduraya. Tetapi memandangkan tiada siapa yang akan datang menjemput di sana, maka aku ambil keputusan untuk turun di hentian terakhir yakni di Putrajaya.
"When was the last time you rode a bus?" seorang kawan aku bertanya sewaktu aku beritahu dia tentang jadual perjalanan sebelum bertolak pergi.
"Entah, tak ingat," aku ketawa, "Tapi rasa macam dah lama tak naik bas."
"Going alone?" dia soal lagi.
"Yes, yes. Alone."
Rancangan asal adalah bermalam dahulu di rumah Pak Cik di Seri Kembangan. And then, I'll figure the rest out later. Samada mahu habiskan hujung minggu ke Pesta Buku semata-mata atau apa, itu aku belum putuskan lagi.
Sementara menunggu perjalanan bermula, aku hanya bergelumang dengan Twitter sambil berkicau mengenai perkara-perkara rawak yang tiada siapa peduli. Aku bebas menulis siri anekdot ringkas tentang apa yang aku lihat, apa yang aku rasa dan apa yang aku dengar. That's what I love about Twitter.
Setiap tempat duduk hampir penuh diisi dengan manusia. Aku duduk seorang diri tanpa ada sesiapa mengisi tempat duduk di sebelah. Seingat aku, selang beberapa tempat duduk di belakang, ada dua atau tiga orang gadis comel. Aku sempat menjeling ke arah mereka hanya sekali, segan pula untuk menoleh buat kali kedua.
Belumpun menghampiri separuh perjalanan, aku sudah diselubungi perasaan tidak selesa. Terasa ingin muntah dan pening kepala bila nausea muncul secara tiba-tiba. Motion sickness yang sering terjadi apabila aku berada dalam kenderaan buat tempoh yang lama. Menerbitkan rasa loya serta menyebabkan aku tersandar lesu di tempat duduk.
Sebab itu aku jarang sekali berbalas teks atau berbual telefon atau membaca buku atau melakukan apa-apa perkara yang melibatkan banyak pergerakan tubuh badan. Aku juga sebolehnya mengelak dari makan secara berlebihan sebelum menuju ke mana-mana destinasi.
Jadi aku tiba di Putrajaya kira-kira pukul 2 pagi. Perjalanan yang langsung tidak menyeronokkan. Namun syukur, sekurang-kurangnya aku sampai juga. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi menunggu, segera aku telefon Pak Cik untuk mengingatkan dia supaya datang menjemput aku. Tidak berjawab. Aku telefon lagi. Masih tidak berjawab. Begitu juga untuk 30 panggilan seterusnya.
Ahh celaka. Mesti dah tidur ni, aku gerutu dalam hati.
Suasana terminal bas sunyi. Kelihatan deretan teksi berbaris tidak jauh dari tempat penumpang turun. Tidak ramai yang berada di terminal pada waktu begini. Dengan sedikit harapan yang masih berbekas, aku telefon Pak Cik sekali lagi. Tidak berjawab. Aku telefon lagi. Tidak berjawab.
Nak naik teksi, alamat rumah pulak tak ingat, aku monolog sendirian.
Aku menunggu penuh sabar dan tanpa henti memujuk hati untuk berlaku rasional. Namun ianya tidak bertahan lama sebelum aku putus harapan dan mengambil keputusan untuk berbaring dan tidur di kerusi sambil menahan kedinginan embun pagi. Mujur aku memakai baju berlengan panjang.
Duh, tak pasal-pasal jadi gelandangan, aku bisik dalam hati.
Sebab itu aku jarang sekali berbalas teks atau berbual telefon atau membaca buku atau melakukan apa-apa perkara yang melibatkan banyak pergerakan tubuh badan. Aku juga sebolehnya mengelak dari makan secara berlebihan sebelum menuju ke mana-mana destinasi.
Jadi aku tiba di Putrajaya kira-kira pukul 2 pagi. Perjalanan yang langsung tidak menyeronokkan. Namun syukur, sekurang-kurangnya aku sampai juga. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi menunggu, segera aku telefon Pak Cik untuk mengingatkan dia supaya datang menjemput aku. Tidak berjawab. Aku telefon lagi. Masih tidak berjawab. Begitu juga untuk 30 panggilan seterusnya.
Ahh celaka. Mesti dah tidur ni, aku gerutu dalam hati.
Suasana terminal bas sunyi. Kelihatan deretan teksi berbaris tidak jauh dari tempat penumpang turun. Tidak ramai yang berada di terminal pada waktu begini. Dengan sedikit harapan yang masih berbekas, aku telefon Pak Cik sekali lagi. Tidak berjawab. Aku telefon lagi. Tidak berjawab.
Nak naik teksi, alamat rumah pulak tak ingat, aku monolog sendirian.
Duh, tak pasal-pasal jadi gelandangan, aku bisik dalam hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan