Sabtu, 5 Mei 2012

Goodbye great weekend (8)

Terlena dalam kereta setelah masing-masing kekenyangan hasil penangan mee kari. Aku sudah lupa siapa yang memandu sewaktu pulang. Tahu-tahu sudah sampai di rumah sewa Syed dan Izzy di Bandar Universiti. Kami tumpang bermalam untuk sehari dua sehingga segala urusan latihan industri Kiki dan Meon selesai.

Aku, Kiki dan Meon melepak di luar rumah sebaik sahaja keluar dari kereta. Mendongak ke atas, malam pekat tanpa bintang. Langit lobos tanpa awan. Angin bertiup segan-segan. Mereka berdua cucuh rokok. Asap menyerbu keluar dari rongga.

I don't smoke, although most of my friends do so, just to fit in socially. Aku pernah mencuba namun anehnya tidak pula ketagih. Ada juga sebilangan kawan-kawan yang lebih gila dengan mengambil pil-pil terlarang, menjadi doktor tidak bertauliah dan paling parah, menjadi pengedar bahan-bahan terlarang ini.

Selang beberapa buah rumah dari kami, kelihatan tiga atau empat orang gadis sedang menghayun raket bermain badminton di atas jalan tar di hadapan rumah mereka. Terloncat-loncat dan terkinja-kinja menghambat bulu tangkis di bawah sinaran malap lampu jalanraya.

"Student ke?" aku tanya sambil mata ligat menuruti gerak-geri mereka.

"Bukan. Diorang ni budak-budak sini jugak. Kerja Tesco kot," Kiki balas.

"Sedap mata memandang tak?" aku tanya dengan masih lagi tidak dapat mengecam muka mereka dari jauh.

"Boleh laa."

Perbualan yang dimulakan dengan secara tidak sengaja, tiba-tiba membawa kami kepada perihal yang sedikit tersasar dari topik asal.

"Tolong cari awek kat aku. Meh la sorang. Dua orang pun takpe," aku kata dengan nada tidak serius.

"Butuh," adalah reaksi mereka berdua. "Tipu cakap takde awek. Tapi ada sorang ni, kalau kau nak. Budak Cyberjaya." Serentak mereka berpandangan sesama sendiri dan ketawa.

Celaka, nak kenakan aku la tu.

Tiada ulasan: