Niat di hati mahu tinggal lama sedikit di rumah Pak Cik, tetapi oleh kerana aku sudah terlanjur berjanji untuk berjumpa Meon dan Kiki di Seri Iskandar, jadi aku mengambil keputusan untuk terus bertolak pulang usai mengunjungi Pesta Buku.
"Hang beli buku apa?" Pak Cik tanya sewaktu kami duduk sebentar selepas penat berjalan selama hampir beberapa jam.
"Ada la sikit," aku balas sambil mengeluarkan buku yang dibeli dari beg. Pak Cik terus mengambil buku-buku tersebut untuk dibelek.
Kemudian kami berdua menuju ke kawasan persis food court yang tersedia di dalam dewan. Pak Cik suruh aku beli apa-apa makanan yang ada dijual.
"Bagi mee goreng ni dua," aku tunjuk ke arah mee goreng yang diletakkan dalam dulang.
"Minuman?" dia tanya.
"Bagi Milo ais dua," aku balas. "Okay dah, itu je. Berapa semua?"
"20 ringgit."
Mahal macam celaka, spontan aku maki dalam hati. Walaupun tahu harga makanan dalam dewan ini memang jenis 'ketuk', tapi mengenangkan perut lapar dan malas untuk mencari tempat makan yang lain, maka terpaksa juga menghadam mee goreng tak sedap dan Milo ais seperti dibancuh oleh kanak-kanak 5 tahun itu.
Selesai segala urusan, aku keluar meninggalkan Pesta Buku dengan beberapa buah buku, catatan imaginasi dalam kepala dan perut yang tidak puas. On his way back home, Pak Cik dropped me off at KL Sentral. Kerana aku beritahu aku tidak mahu pulang dengan menaiki bas. Pening kepala kalau naik bas, aku beri alasan.
Pak Cik beri aku duit tiket dan sedikit duit belanja sebelum meninggalkan aku seorang diri. Dia pesan, "Dah sampai nanti jangan lupa bagitau."
Aku beli tiket di kaunter ETS untuk perjalanan sehala. Hentian terakhir yang tertera di atas tiket adalah di Batu Gajah. I have to wait roughly about an hour before departure. Hampir mati kebosanan sementara menunggu perjalanan bermula pada pukul 5.30 petang.
"Weh, nanti datang ambik aku dekat Batu Gajah. Aku turun dekat sana," aku telefon Kiki, yang telah pun berada di Seri Iskandar untuk datang menjemput.
"Aik, apahal call aku ni? Pandai-pandai la balik sendiri," dia balas dalam nada gurauan.
"Naharom. Aku sampai maybe dalam pukul 7.45 kot," aku kata. Dia ketawa.
"Nanti aku datang la. Kita terus pergi makan mee kari."
Masuk ke dalam koc, aku duduk mengikut nombor yang tercetak di atas tiket. Aku hanya mampu menggeleng kepala bila sampai di tempat duduk, "Hampeh dapat seat depan sekali. Menghadap dinding la jawabnya."
Di sebelahku ada seorang pemuda berbangsa Cina dengan beg bagasi besar diletakkan di hadapan kakinya. Kami saling tidak bertegur, berbalas senyuman pun tidak. Dia lebih selesa memasang earphone di telinganya. Aku turut berbuat perkara yang sama.
Ketika pramugari (apa istilah pemeriksa tiket?) yang mempunyai wajah seiras Audrey Tautou, dengan potongan rambut pixie yang sungguh comel datang untuk memeriksa tiket, dengan sopan aku hulurkan tiket kepadanya.
"Ni dah salah tempat duduk ni," dia kata sambil membulatkan sesuatu pada tiketku dengan sebatang pen.
Aku lihat semula tiket. Tertulis koc B. Aku lihat tanda yang dilekatkan di koc ini. Koc A.
"Oh shit," aku kata tatkala beredar menuju ke tempat duduk yang sebetulnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan