Pergi ke kolej untuk menemani Kiki dan Meon menghantar laporan akhir latihan industri. Suasana sunyi dan bosan. Tiada langsung kelibat pelajar lain mundar-mandir.
Tengok jam. 3 lebih. Panas terik. Angin lesu. Peluh mengalir keluar membasahi baju seperti air terjun.
"Jom cepat," kami berjalan laju menuju ke arah pintu masuk. Penghawa dingin menyambut kami dengan mesra.
Terserempak dengan Encik Hamzah dan Miss F sewaktu mahu ke bilik penyelia latihan industri. Aku hulur tangan untuk berjabat dengan Encik Hamzah. And a simple 'Hi' to Miss F.
Sempat berborak dengan mereka selama lebih kurang empat atau lima minit. Mereka komen mengenai rambut aku yang panjang dan serabai. Aku hanya tersengih.
Aku minta diri. Terus pergi mendapatkan Kiki dan Meon yang terlebih dahulu meninggalkan aku.
10 minit kami di dalam bilik. Mereka bertanya banyak soalan. Mengenai tarikh dan format pembentangan. Aku hanya mendengar dan sesekali mencelah dengan lawak bodoh.
Aku gelisah. Dengan perut lapar, belum makan tengahari. Cadangnya mahu makan fast food selepas selesai pertemuan ini.
20 minit. Tiada tanda-tanda perbualan akan terhenti dalam masa terdekat. Jadi aku mencelah dan memendekkan jangka hayat perbualan yang sedang berlangsung.
Akhirnya perbualan tamat. Kami beransur pulang meninggalkan kolej, hampir pukul 4. Matahari masih tidak mahu mengalah. Panas terik.
We didn't end up eating fast food. Ianya sebuah rancangan yang gagal.
6 lebih. Teman wanita (Teman wanita? What the hell! Girlfriend sounds better) Kiki datang menghantar nasi ayam untuk kami.
Nasi ayam pasar malam. Ayam boleh tahan. Nasinya sedikit masin. Supnya pula tidak banyak membantu menyedapkan nasi ayam ini.
"Nasi ayam pun nasi ayam laaa," aku kata sambil tangan memulakan suapan pertama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan