I'm not looking for any relationship right now. There, I said it.
"Kau bila lagi?" soal seorang kawan, kerana di antara kalangan kawan-kawan rapat, aku salah seorang yang masih tidak mempunyai hubungan serius dengan mana-mana perempuan.
"Nanti la dulu," aku balas, sambil ketawa kecil, "Belum masanya lagi."
Mereka beranggapan, aku terlalu memilih. Well, no, not really.
Kerana perempuan terakhir yang pernah singgah dalam hidup aku adalah hasil usaha manusia-manusia yang cuba menyuaipadankan aku dengan F. Namun, tanpa disangka-sangka, F menjadi seorang yang begitu penting dalam hidup aku. Walaupun di sebalik hakikat, betapa sifat kami berdua ketara berlawanan antara satu sama lain.
Aku yang tebal dengan sikap skeptik, jarang memberi atau menyimpan harapan yang tinggi. Terhadap hubungan. Terhadap cinta. Terhadap perempuan. Terhadap apa-apa.
Dan semua yang pernah mengenali diri ini, dan pernah duduk semeja dengan aku berbual tentang ini, pasti bersetuju bahawa aku bukanlah penggemar komitmen. Jika dulu, aku bantah juga. "No, I'm not afraid of commitment."
Kini aku semakin selesa dan perlahan-lahan dapat menerima kenyataan bahawa mungkin setiap hubungan yang tergendala, atau hilang seri, atau gagal, berpunca dari diri sendiri.
See? I still don't understand. Why on earth would someone want to be with me?
Before dinner Thur 12/09/2013