Selasa, 12 Julai 2016

All I want

I was out driving from Sitiawan at 5:30PM, made a stop somewhere around Sungai Bakap for Maghrib prayer, and then headed straight to Sungai Petani. I was doing 100 km/h all the way. Tak terkejar-kejar. Tak rasa nak cepat tiba atau apa. Tak pulun tekan kuat pedal minyak. I really enjoyed driving as it is.

Sampai sahaja di sana, aku masuk dalam rumah, letak barang dalam bilik, dan salam semua orang. They were surprised to see me. Mereka ingatkan aku singgah beraya di Penang terlebih dahulu. I said no. "Malaih nak singgah Penang. Tu yang teruih mai sini."

Aku suka suasana rumah ini. Ia penuh dengan familiarity dan sense of belonging. Kehadiran aku seperti sentiasa dialu-alukan. Walaupun kami berjumpa dalam kadar yang tidak begitu kerap, itu tak membuatkan aku rasa tersisih atau terasing. We can pick up where we left off easily. All is well. All is good.

We sat in the living room together waiting for dinner to be served. Ada perbualan yang pelbagai. Sekejap tentang itu. Sekejap tentang ini. Kadang tentang aku. Kadang tentang orang lain. Topik yang merentas segala macam perkara. Sampai satu tahap aku tak larat nak menyembang, maka aku halakan pandangan menatal skrin telefon, dan biarkan mak dan pak sedara aku berbual sesama mereka.

"Hang ingat lagi dak dekat Ibu?" They asked me out of the blue. What kind of question is that, I thought to myself.

Not much to begin with, was my initial response. Aku beritahu yang aku masih kecil ketika itu. I was only 10 years old. Mungkin tak ada siapa sangka aku mampu ingat dengan jelas segala-galanya pada umur sebegitu.

I was lying, and I didn't tell them the truth. I could clearly recall everything back in a proper sequence. Without missing any single thing or even the tiniest bit. Believe me, it's all in my head. From A to Z. Bagaimana Ayah terpaksa melaungkan azan di telinga Aiman untuk hentikan tangisan. Bagaimana kami sekeluarga hilang selera makan bila doktor beritahu peluang Ibu untuk sedar dari koma kurang daripada empat puluh peratus. Hospital Manjung, Hospital Selayang, ICU room, medical ventilator, the crying, the screaming, the funeral... all, all of it.

Tetapi ia sesuatu yang terlalu pahit untuk selalu dikenang semula. I was traumatized to the core. Aku membesar dengan anggapan bahawa ingatan yang kuat tentang setiap satu yang berlaku dalam hidup ini adalah satu sumpahan. Dan aku membesar dengan sebahagian besar diri ini merindui seorang manusia yang aku tak akan dapat jumpa semula selama-lamanya.

Kalau ada impian dalam hidup ini yang aku tahu tak mungkin tercapai, adalah untuk beritahu Ibu: I've done everything I could to survive without her presence, and I just want her to be proud of me. That's all I'm asking.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

*tepuk tepuk bahu*