Rabu, 30 Disember 2015

Surreal, my ass.

I had a surreal conversation with a stranger. Aku sedang duduk bersenang-senang di bangku luar rumah, sambil dengar musik dari playlist Spotify. Semua orang keluar, aku tak tahu mereka ke mana. Aku bangun dari tidur petang, buka mata, suasana rumah sunyi sepi, dan aku keluar ambil angin sewaktu senja menghampiri.

Aku ingat dia nak rompak aku. Sebab tiba-tiba meluru hentikan motosikal depan rumah. Tapi dia bagi salam dan hulur tangan untuk berjabat melalui celah pagar garaj rumah. Pemuda Bangladesh, umur tak pasti tapi nampak macam dalam lingkungan 30-an. Aku tanya, nak apa. Dia cakap, nak beli telur ayam. Rumah aku ada nampak macam kedai runcit ke, detik aku dalam hati.

"Telur ayam tak ada. Telur dalam seluar ada la. Dua biji," aku balas. Dalam hati.

"Telur ayam?" aku ulang semula. Dia angguk.

"Itu hari, semalam you punya bapak suruh saya mari, mau beli telur ayam," dia cakap bahasa Melayu tunggang-langgang.

"Sekarang saya punya bapak tarak rumah, dia keluar minum," aku balas semula dalam bahasa Melayu yang juga tunggang-langgang. Kadang aku sendiri tak faham, kenapa bila berkomunikasi dengan bangsa lain, aku ada kecenderungan untuk mengajuk cara pertuturan mereka. It's a bit rude, to say the least.

"Esok nanti saya mari. Simpan tamau taruk dalam itu ais peti," dia pesan. Aku angguk, walaupun tak faham dia cakap tentang apa.

Later that night, I had rather unusual conversation with an old friend.

"Are you okay, Alep?" She asked.

"I'm... okay?" Aku tanya semula. Aku hairan sebab soalan ini datang tiba-tiba. Dia tanya lagi apasal aku sedih semacam. She was referring to my writing for the past few days.

"You know I've been through a whole lot worse, right? Tak lalu makan, tak boleh tidur, tak nak keluar rumah apa semua." Aku balas sebelum bertindak menyambung, "well, it didn't happen this time around. Siap makin selera lagi makan. Tidur pun okay. I guess I'm at better phase of my life."

Ini adalah kawan perempuan yang aku kenal dari zaman kolej lagi. Antara manusia yang aku selesa bergurau tanpa perlu ada hahaha atau kahkahkah di setiap hujung ayat.

Dan kami berbual dan berbual dan berbual tentang hidup masing-masing sepanjang malam.

"So, do you still talk to her?"

I didn't answer that. I went straight to sleep.

Tiada ulasan: