Rabu, 30 Disember 2015

12345678 thoughts

1. Pertama kali nampak lori sampah tunda lagi sebuah lori sampah waktu keluar pergi kerja. Like literally, tarik pakai tali. Fascinating!

2. Bertembung dengan mak kepada seorang kawan aku pagi tadi. Dia tegur, "Hai Aliff." Tak ingat bila kali terakhir orang sebut nama aku betul-betul.

3. Aku cuma perlukan 30 minit untuk bersiap pada waktu pagi. Kalau lebih daripada itu, selalunya sebab aku tak jumpa baju yang sesuai untuk dipakai.

4. First rule of eating out: don't peek behind the curtain. Err... atau jangan masuk dapur restoran. You'll fucking regret.

5. Aku kira perempuan lebih suka guna kereta sendiri daripada guna kereta orang lain. Macam Aisyah tempoh hari, dua buah kereta dah tersedia parkir di luar rumah, tetapi dia tetap susah payah nak guna kereta dia untuk keluar berjalan.

6. Falsafah hidup aku: kereta mana yang penuh petrol dalam tangki, itulah kereta aku.

7. Kawan-kawan suruh aku edit video orang berzikir ganti masuk dengan musik elektronik. Aku cakap, "korang nak bagi aku duduk fast lane masuk neraka ke apa?"

8. Ada lima belas orang dalam Borakian, tetapi purata yang dapat lepak semeja selalunya separuh atau kurang daripada itu. Jarang dapat kumpul semua. Kalau dapat kumpul semua sekaligus, hujan akan turun, kilat sabung-menyabung, bumi merekah, dan angin taufan akan melanda.

Tiada ulasan: