Ahad, 27 Disember 2015

Sunday calmness

1. Duduk bersila atas trek larian yang dah rosak malam semalam, habis jeans kegemaran aku dengan tompok cecair likat (atau entah apa?) di bahagian punggung. Ada sesiapa tahu macam mana nak saman majlis perbandaran?

2. Banyak habiskan masa dengan kawan-kawan dalam tempoh seminggu dua ini, to ease my mind off things. Terpaksa penatkan diri dengan macam-macam perkara untuk tidak larut dalam kegusaran yang tidak berpenghujung.

3. Aku tak berapa berkenan kalau orang ajak masuk shopping mall sekadar untuk jalan-jalan dan tengok barang tanpa beli apa-apa. Ia meletihkan, penuh sesak dengan manusia bangang, tak banyak kerusi untuk duduk berehat, dan tak selesa berselisih bahu dengan, lagi sekali, manusia bangang. Aku lebih rela duduk melepak, berborak dan ketawa, sambil minum bergelas-gelas air.

4. Gaya hidup dan pembawaan diri ini sebenarnya dibentuk dari kecil. Macam kami berborak dalam kereta sewaktu memandu ke Ipoh tempoh hari, aku cakap, "perangai aku tak berubah dari sekolah menengah, sebab berkawan dengan kome la ni." Nak kata matang, semua dah matang. Tetapi bila berkumpul semua sekaligus, kami tolak matang ke tepi dan mula berkelakuan seperti syaitan.

5. Bila kawan-kawan dalam kesusahan, first thing first, ketawa dulu. Kemudian baru tolong. Kemudian ketawa semula.

6. Permulaan 2016 bakal jadi sesuatu yang mencabar untuk aku. Hoi dear self, keep holding on. Keep holding on!

7. Numbered thoughts. Thank you, random stranger.

Tiada ulasan: