Isnin, 28 Disember 2015

One step ahead

2015 is coming to an end in just a few days. Let's recap my year, shall we?

Or... maybe not.

Macam Sweet Brown cakap, ain't nobody got that for that. Kerana aku tak ada banyak masa untuk beromantika dengan perkara-perkara lepas. Lagipun kebanyakan momen-momen untuk tahun ini sudah ada dalam sekian banyak nota-nota yang aku tulis sepanjang tahun. If anything, aku cuma perlu selak semula dan baca hal-hal yang mungkin aku terlupa atau terlepas pandang. Semudah itu.

Seperti mana-mana karangan cliche penutup tirai hujung tahun, maka ia wajib dimulakan dengan menyebut ini: I have been through a lot this year. And yes, I fucking survived. And I hope next year yada yada yada...

Joking aside, yes, it has been a wonderful journey... so far. Sebab Disember ada lagi tiga hari untuk kecewakan aku (walaupun Disember telah kecewakan aku lebih awal sebenarnya, but that's another story for another time). I think I'm on the right track in every aspect of my life right now. So here goes.

1. Kembali berlari dengan lebih konsisten. I don't know why I abandon my running routine. I think I need a new pair of running shoes. Sebab yang ada sekarang dah tak jadi running shoes semata-mata. Ia jadi kasut pelbagai guna. Ia jadi kasut jalan-jalan, kasut main badminton, kasut masuk hutan dsbnya.

2. Menyimpan sebanyak 15k dalam masa setahun ini. Aku ingatkan mustahil, pada mulanya. Tetapi aku mampu buat untuk tahun ini dan berharap dapat ulang perkara sama untuk tahun depan.

3. Aku dan kawan-kawan bercadang untuk jadikan Thailand sebagai tempat percutian tahunan kami, selain daripada satu lagi negara asing yang kami belum putuskan untuk dituju. I don't know why but each visit feels like home. Ia ada atmosfera dan persekitaran yang kami semua suka. Ikutkan hati, aku nak terus pindah duduk sana, dan jadi seorang hedonis tegar.

4. Untuk tahun ini, aku bekerja selama 353 hari, dan hanya bercuti selama 12 hari. Tetapi nak panggil diri sendiri workaholic pun segan, sebab aku cuma bekerja 7 jam sehari.

5. I'm thinking about doing two jobs at once. Sebab masa terluang aku terlalu banyak, dan aku lebih rela sibukkan diri separuh mati daripada memikirkan perkara-perkara tak penting dalam hidup. Work and work and work to make ends meet.

6. Don't get attached too quickly. I repeat, don't get attached too quickly, dear Self.

7. Hargai perkara-perkara kecil dalam hidup. Dan tinggalkan kesan dalam hidup manusia-manusia yang rapat dengan aku.

8. Beli sebuah rumah untuk diri sendiri. If not now, when?

9. Kurangkan menulis, dan lebihkan membaca. And no more buying books. Menulis ini kerja yang seronok. Macam bina satu arkib mini untuk diri sendiri. Ada segala macam benda dan manusia dalam tulisan aku. But at some point, it gets too tiring.

10. [deleted]

Tiada ulasan: