Di Twitter, saya lebih senang buat hal sendiri. Saya tulis sesuatu dalam lingkungan 140 aksara, dan kemudian saya rasa saya manusia paling pandai dalam dunia, dan saya tak peduli apa manusia lain fikir.
Kerana saya suka bermain-main dengan: kata-kata, keberadaan, dialog filem/siri tivi, petikan kata manusia lain, rujukan kultur pop, dll. Entah apa yang serius, apa yang tidak, saya pakai bedal ikut suka hati.
Sebanyak mana saya mahu puaskan hati manusia lain, banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk puaskan hati sendiri.
2:26PM Friday 06 June 2014
2 ulasan:
ya. aku pernah jumpa twitter kau. tapi since kau buang link blog kau pada bio, aku tak jumpa-jumpa lagi.
@alepfugazi since September 2009.
Catat Ulasan