Jumaat, 15 Mac 2013

The act of gratifying

Dengan menulis, aku belajar untuk menjadi lebih ekspresif; dengan menyalurkan segala perasaan yang timbul ke dalam tulisan. Namun sehingga kini, ia masih lagi menjadi satu teka-teki bagaimana untuk mengekalkan momentum perasaan - sebagai contoh kegembiraan, kesedihan, kegusaran dll - dengan lebih berkesan.

Aku faham idea menulis ketika dihurung kesedihan, atau kesunyian, atau apa-apa. Tetapi adakah hanya dengan wujudnya perasaan tersebut, semudah itu ia dapat terzahir dalam penulisan?

Sudah tentu, tulisan ini tidak berniat untuk menyelesaikan apa-apa. Aku cuma terpanggil untuk melempar persoalan ini keluar dari kepala.

Tiada ulasan: