Talian internet tidak berfungsi selama hampir tiga hari. Kau terlupa untuk menyelesaikan bil-(bil tertunggak). Sikap suka bertangguh menyebabkan kau merasakan seolah-olah tiada apa-apa yang penting di dunia ini. Kau bebas menetapkan tafsir penting, sepertimana kau bebas menentukan tafsir bebas. Kau tidak peduli.
Dan kau dapati pembahagian waktu di dalam kehidupan seharian kau tidak begitu seimbang. Kau tiba-tiba tersedar dalam sehari ada 24 jam, seminggu ada 7 hari, dan rupa-rupanya dunia tidak hanya berlegar di sekeliling kau sahaja.
Dan kau tersedar kau punyai lebih banyak masa untuk membaca, untuk benar-benar menghayati musik, untuk menari sendirian di dalam bilik, dan untuk menghargai buah fikiran yang muncul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan