Isnin, 25 Mac 2013

Black hole

Dan aku telah tiba di sebuah daerah di mana buah fikiran atau idea atau permenungan, menjadi bersimpang-siur, tidak teratur.

Aku ketawa. Lima minit kemudian, aku lupa kenapa aku ketawa. Seperti pagi ini, sewaktu menikmati sarapan, dengan aku menyuap dan terus menyuap, sambil menulis nota halimunan berjela-berjela di dalam kepala.

"Buat teh ais satu," pinta seorang gadis kepada tukang bancuh air. Aku toleh memandangnya.

Dalam kepala aku ketika itu, tiba-tiba bergema kata-kata Joel, "Why do I fall in love with every...

Nota halimunan serta-merta runtuh. Hilang tanpa ada tanda-tanda untuk muncul semula.

Datang dan pergi, datang dan pergi, datang dan pergi. Aku masih duduk di sini, masih cuba merungkai apa yang sedang berlaku.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Falling in love w someone huh?

Muhammad Aliff berkata...

Each and every day.