Segalanya berlaku dengan kadar segera. Perancangan cincai. Persiapan spontan. Perjalanan tidak terduga.
Aku pergi bersama Jambu. Anyway, funny story how he got the nickname. We were in the same class for five years in high school. Suatu hari, guru bahasa Inggeris kelas kami malas nak mengajar gamaknya. Jadi dia pun buat aktiviti sesi bertanya soalan-soalan rawak.
Mudah, sesiapa yang ada soalan atau teka-teki atau brain teaser, dipersilakan tampil ke hadapan kelas. Dan sesiapa yang boleh jawab dengan tepat, tak dapat apa-apa, tak ada hadiah pun. Alaa, just for the sake of having fun.
Seorang pelajar perempuan aku-sudah-lupa-nama lantas bertanya kepada seluruh kelas, "Apa nama pelakon utama High School Musical?"
"Zac Efron," dia jawab tanpa mengangkat tangan.
"Lagi sorang pelakon utama?"
"Vanessa Hudgens," jawapan yang juga tepat.
Aku dan yang lain-lain ketawa. I mean, how come he knew the answer? And more important, High School Musical?
"Bapak ah. Gila jambu tengok High School Musical!" reaksi bersahaja salah seorang dari kami. Seluruh kelas sekali lagi menyumbang ketawa. Sejak itu, lekat panggilan nama Jambu sehingga hari ini.
Bas bertolak pukul 9.30 pagi. Lewat setengah jam dari jadual asal perjalanan. Dengan bas dipandu agak sopan, aku buat perkiraan dalam kepala. "Sebelum pukul 1 sampai la kot."
Separuh perjalanan, bas berhenti di sebuah hentian lebuhraya. Memberi peluang kepada penumpang untuk turun membeli makanan dan minuman atau menghabiskan sebatang rokok atau ke tandas untuk menyegarkan diri.
Jambu turun dulu. Nak ke tandas katanya. Bila tengok semua orang turun, meninggalkan bas hampir kosong, aku turut sama. Niat di hati mahu membeli sesuatu untuk dikunyah sepanjang baki perjalanan, namun melihatkan ramai manusia berkerumun di gerai macam celaka, aku batalkan niat itu.
Selesai urusan di tandas, aku berjalan semula ke arah bas. Baru pukul 11 lebih, namun mentari sudah membahang tanpa belas kasihan. Beberapa langkah menuju ke tempat duduk, seorang makcik memaku aku dengan renungan tanpa berkedip mata.
Aku lihat beg kami berdua tiada di kerusi. "Ahh sudah. Mana pergi pulak beg ni?" detik aku dalam hati. Jambu pula masih belum kembali dari tandas.
Aku segera turun dari bas. Bukan kerana mahu mencari beg atau apa, tetapi kerana akhirnya tersedar selepas melihat ruang dalaman bas yang asing. Patut pun makcik tadi tengok semacam. "Mak aih, malunya salah naik bas."
"Aku ingat kau tak nak turun tadi," Jambu kata sebaik aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Aku pergi tandas kejap," aku balas.
Of course I didn't tell him I got on the wrong bus just now. It was awkward... and embarrassing!
2 ulasan:
aku pun pernah tersalah naik bas yang penuh dengan student cina. mujur muka aku mirip cina.
Haha, aku masuk. dia pandang aku. aku pandang dia.
bila sedar aku salah bas, cepat2 aku patah balik, tak tengok belakang dah.
terlebih mengelamun ni...
Catat Ulasan