Sewaktu menunggu giliran di sebuah restoran francais makanan segera tempohari, aku bertemu dengan seorang kawan lama dari sekolah menengah yang kebetulan turut sama beratur di belakang.
"Kenal lagi tak?" Aku tanya setelah yakin dengan reaksinya yang seakan mengiyakan bahawa kami saling mengenali antara satu sama lain.
"Kenal." Dia balas. "Berkerut dahinya cuba mengingati namaku. "Alep kan?"
Aku segera mengangguk. Aku amati wajahnya. Wajah yang sudah lama aku tidak ketemu. Kami pernah berada di dalam kelas yang sama ketika Tingkatan 1 dan 2. Perasaan yang tidak dapat digambarkan untuk kembali bertemu setelah hampir 5 tahun, mungkin. It's been so long since the last time I met her.
Yes. She's a girl, just so you know.
"Belajar mana sekarang?" Aku tanya.
"UiTM." Dia sambut. "Sem 6." Sambil jarinya menunjukkan angka enam.
We have this so-called little conversation or more like... you know, random conversation just for the sake of catching up with each other. By the end of our conversation, she asked for my phone number. So I gave it to her.
So that was it. Our first and last conversation after 5 years. And she hasn't called me yet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan