Rabu, 23 November 2011

Last day of college life

Hujan turun setitik demi setitik, meninggalkan tompok jelas pada baju kemejaku. Aku percepatkan langkah menuju ke arah kereta. Kiki, Meon dan Yo sudah berada jauh di hadapan. Aku berpaling ke belakang, menyaksikan beberapa orang rakan sekelas turut sama kebasahan sambil terkial-kial berlari menjinjing beg di atas kepala.

Coelho di dalam bukunya Aleph berpendapat, demam atau selsema bukanlah disebabkan oleh titis-titis hujan yang mengenai tubuh tetapi ianya adalah angkara virus yang menyerang. Atas alasan terpengaruh dengan kenyataannya, aku fikir ianya sesuatu yang cool untuk meredah hujan yang turun semakin lebat.

Masuk ke dalam kereta, aku duduk bertemankan ketidakselesaan. Beg, baju, seluar, fail, habis basah lencun. Aku segera mengelap muka yang basah. Dingin artifisial dari penghawa dingin langsung tidak membantu. Sewaktu bergerak keluar dari tempat parkir kereta, aku berselisih dengan Syamira dan Siti yang turut sama kebasahan.

Serta-merta aku tersenyum sendirian melihat kelibat mereka berdua menerusi tingkap kereta. Two beautiful young women and wet baju kurung is so tempting. Well, if you know what I mean. Ha ha!

Tiada ulasan: