1. Aku adalah manusia yang akan sentiasa tunduk dan ambil bila terjumpa duit syiling atas lantai. Untuk sesetengah manusia, ia mungkin tak begitu bernilai. Untuk sesetengah pula, ia mungkin membezakan antara dapat makan ataupun terpaksa berlapar sepanjang hari.
2. Kau tahu berapa nilai tin-tin kosong bila sampai di kilang besi buruk? Sekitar tiga puluh atau empat puluh sen sekilogram. Katakanlah, kau merayau-rayau pusing pekan sehari suntuk, dan dapat kumpul tiga kilogram tin-tin kosong, baru untung lebih kurang seringgit.
3. Sebab itu, aku selalu pesan pada diri ini untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Untuk sentiasa habiskan makanan dalam pinggan. Untuk sentiasa tak membazir. Untuk sentiasa beringat bahawa ada manusia yang lebih susah daripada aku dalam dunia ini.
4. Bila tengok orang muatnaik gambar pasca-makan, dengan makanan banyak tak habis dalam pinggan, I died a little inside.
2. Sarapan pagi makan bijirin. For a minute there, woah, aku rasa macam mat saleh.
3. Urusan beli nasi lemak pagi tadi yang memakan masa tak sampai satu minit. Thank you mak cik for not wasting my time.