Isnin, 7 Disember 2015

Of being here and not there

Ada sense of belonging dalam kesunyian, aku fikir. Yang buatkan aku (tak pasti bagaimana orang lain tangani kesunyian mereka) berasa lega untuk bersendiri. Untuk tenggelam dan larut dalam dimensi yang aku sendiri cipta.

Aku selesa keluar cari barang seorang diri. Atau makan malam di mana-mana restoran. Atau duduk minum petang. Atau pergi pasar malam. Atau keluar berlari. Atau duduk di rumah melangut pandang kipas siling. Atau keluar memandu. Atau pergi ke bank. Atau apa sahaja.

Aku kira, kerja-kerja begini, aku mampu lakukan seorang diri tanpa pertolongan atau gangguan sesiapa. At this age, why waste time whining about not having company to do those thing with me? Mudah untuk keliru antara kesunyian dan kebosanan, sebenarnya.

Kesunyian adalah bila aku dapati diri ini tak ada sesiapa untuk dibuat tempat bergantung harap. Aku jatuh dan tak ada siapa hulurkan tangan untuk membantu. Aku rasa macam sedang berlawan dengan dunia seorang diri.

I mean, it's okay to feel boring. It's okay to not do anything on Saturday night. It's okay to sit in front of the television and playing with your smartphone all day long. Because stagnating is just part of life. There's nothing wrong with it. You just have to embrace it.

Tak selalu keluar rumah untuk bersosial, doesn't mean you stop being fun. Even when I'm not out with friends, I'll still be having conversation with them in our WhatsApp group. Because I need a daily dose of them in my life. Walaupun tidak berjumpa secara bersemuka.

Aku banyak habiskan separuh pertama tahun 2015 dengan kawan-kawan. Begitu banyak aktiviti kami bersama. Unlike some people, I don't showcase them all on my Instagram feed. Semata-mata untuk buktikan yang aku ada err... life?

Separuh kedua tahun ini, aktiviti kami jadi perlahan. Masing-masing sibuk dengan kerja. Tak banyak perkara gila untuk kami lakukan. Melainkan melepak dan membuang masa bersama pada waktu-waktu tertentu. But that's okay. Aku, malah tiada siapa di kalangan kami merungut. Basically, that's life. Ada turun naik. Ada pasang surut. Like I said, you just have to embrace it.

Sebab aku dah hilang terlalu banyak manusia dalam hidup ini, because of my don't give a fuck attitude. Maka aku luangkan sedikit masa aku yang begitu banyak terluang ini untuk manusia-manusia yang penting dalam hidup aku.

10:38PM Monday 07 December 2015