As I'm typing this, I'm glad I finally had the chance to sit down and relax for a bit. These last few months have been hell for me. Terlalu larut dalam kehidupan sehingga tak berkesempatan untuk menulis nota atau anekdot tentang kehidupan. Ironic, huh?
Tak pasti ke mana tulisan ini bakal berakhir, kerana jauh di sudut hati, aku kira diri ini sudah tak perlukan apa-apa alasan lagi untuk menulis.
It was last month*, sewaktu dalam perjalanan pulang menghantar F, aku beritahu, "Kadang-kadang aku rasa orang cuma suka baca tulisan aku, hanya kerana aku menulis sesuatu tentang mereka."
Kita lupakan sebentar hakikat betapa narsisnya aku dengan beranggapan orang lain sukakan tulisan aku. But get this, siapa yang tak suka bila dirinya diabadikan dalam sebuah catatan?
* Bukan sebulan yang lepas. Tak ingat tarikh bila.