Rabu, 15 Disember 2010

Random and Nothingness

On Thursday, 21 October 2010 at 00:52

Peperiksaan akhir lagi 2 minggu. Haven’t done anything yet. Buku tak sentuh, assignments kucar kacir, ada masalah dengan pensyarah, sentiasa meniru dalam peperiksaan.

Apakah ini hidup pelajar yang ideal?

Kerja saat saat akhir sudah jadi satu kebiasaan. Assignments seminggu boleh siap dalam masa satu malam. Copy paste, copy paste. Minta pertolongan Google.

Teks kawan kawan, berbual kosong tanpa melibatkan selera nafsu. Sekadar mahu luahkan perasaan dalam hati. Nothing more, seriously. Kongsi masalah, kegembiraan, kesedihan.

Mahu makan puas puas, belanja diri sendiri. Lempiaskan serakah di meja makan. Limau ais, nasi bertimbun. Kuah banjir. Makan makan makan.

Saya mahu mimpi. Tinggal di syurga, singgah di neraka untuk satu saat. Menetap di perkampungan bunian 3 bulan.

Buku, saya mahu kumpulkan semua tulisan. Segalanya dialihkan ke dalam buku. Memegang buku sendiri, saya mahu rasa perasaan itu.

Satu hari nanti ;-)