Selasa, 4 April 2017

Sebuah nota dalam bahasa Melayu

"Do you still talk to her?" Ayishah tanya. Selayang pandang, ini adalah satu soalan yang samar sifatnya dan tiada hala tuju yang jelas. Kerana sebaik sahaja mendengar soalan ini, aku rasa macam nak tanya balik, "Her who?"

Lupakan sebentar soalan ini. Ia tidak penting untuk difikir secara mendalam.

Dua hari lepas, kami semua turun ke Seri Iskandar memeriahkan majlis kenduri kahwin seorang kawan. Majlis kecil. Ala kadar. Dan mungkin juga sebab aku tiba lewat, dewan tidak begitu sesak dengan manusia. Pengantin lelaki ini adalah yang pertama dalam kalangan kami pada tahun ini. Selepas ini aku ada lagi satu, dua, tiga, empat jemputan majlis kenduri kahwin kawan-kawan rapat yang masih perlu dipenuhi.

Apa-apapun, wujud satu perasaan lega dapat melihat wajah-wajah kegemaran setelah sekian lama. Duduk makan, bertanya khabar, bergelak ketawa, tangkap gambar, itu ini dsbnya. Rutin kuno namun tetap menyelesakan.

Lewat malam itu, kami luangkan sedikit masa di meja snooker. 11 malam, hujan lebat, dan aku dah baring atas katil sedia nak tidur. Memandangkan ini tetamu yang datang jauh dari KL, maka aku keluar juga untuk memenuhi tuntutan menjadi sebahagian daripada kawanan gembala sosial.

Berbalik kepada soalan awal tadi. "Do you still talk to her?" Soalan yang tiba-tiba datang tatkala kami sedang sibuk memukul bola di atas meja snooker.

"No, not really." Adalah jawapannya, walaupun aku tak berapa pasti dia merujuk kepada perempuan mana satu sebenarnya. Kali terakhir kami duduk semeja, terlalu banyak yang dibualkan. Tentang itu, tentang ini. Manusia itu, manusia ini. Jujur cakap, aku dah lupa sebahagian besar butir perbualan malam itu.

Aku beritahu Ayishah aku dah padam banyak nombor telefon manusia yang jarang dihubungi. Lebih mudah begitu. Supaya tiada lagi ruang-ruang dalam hidup ini untuk dibazirkan kepada manusia yang tak selalu ada. Dan kerana aku tak lagi punyai banyak masa untuk permainan emosi yang sia-sia.

"She's just a temporary chapter of my life. We had a good run, and I care the fuck not about her again. Meh, life goes on."