Rabu, 5 Oktober 2016

Nota tertangguh hari Sabtu

Selalunya begini-lah. Setiap kali kawan-kawan dari KL turun ke sini (Sitiawan), aku akan dapati masa yang selama ini begitu lapang (kerja daripada 7 pagi hingga 1 petang setiap hari dan selebihnya tiada apa-apa) tiba-tiba dipenuhi dengan aktiviti dan manusia. There's literally no me time whatsoever.

But it's okay, it's alright. Bukan selalu melayan tetamu yang datang dari jauh, detik hati ini. And it's always fun to hang out with bunch of good old friends.

But to be honest, I can't keep up with their style of lepak anymore. Keluar rumah awal pagi sehingga lewat malam. No, I'm not 17 years old. I need a lot of rest. I need to go to work. I have to wake up early every morning.

Malam semalam, pergi makan mee kari di Ipoh. Keluar rumah pukul 9 malam, makan, melepak, bersembang sehingga pukul 12 tengah malam, kemudian sampai ke rumah pukul 1 pagi. Sejurus itu, mereka terus ajak aku pasang penunjuk arah untuk majlis kenduri kahwin seorang kawan. I said go to hell, I want to sleep because I gotta go to work tomorrow morning.

They'll be here again next week for another majlis kenduri kahwin. Oh Lord, give me strength to endure this.