1. It's never about where I live, or where I'm going to reside in the future. Kalau orang tanya Sitiawan ini ada apa yang menarik, aku akan segera balas, tak ada apa-apa. Ini sebuah pekan kecil (membangun) yang kalau kau campak orang tegar KL di sini, mereka akan meratap pilu dan menangis teresak-esak di sudut paling hujung dalam bilik sambil mengadu kebosanan.
2. Pekan kecil ini, bagi aku, adalah tentang keluarga, kawan-kawan rapat, dan tempat cari rezeki. Ada sense of belonging yang kuat di sini. Apa-apa nikmat hidup dalam hidup ini, seperti hiburan, keseronokan, kebahagiaan, kedamaian, memori indah, kerja-kerja nakal, aktiviti masa lapang, rutin-rutin harian dsbnya, hadir sebagai satu bonus kerana wujudnya tiga perkara yang aku sebut itu tadi.
3. Sewaktu kecil, setiap kali pulang ke kampung di Jeniang, aku hairan bagaimana manusia boleh tinggal di tempat ceruk begini. Sekarang baru aku faham, bahawa aku tak dapat nak relate kehidupan semasa aku dengan persekitaran terhad mereka. Sekadar itu. And yes, it's not them, it's me.
4. Sebab itu, setiap kali kenal mana-mana perempuan yang tinggal di bandar-bandar besar, KL misalnya, aku tak pernah letak harapan dan tak pernah salahkan mereka untuk faham situasi dan nuansa kehidupan aku. Oh well, I was right. They just... don't.
5. I would like to call it as: The tragedy of two right people meeting at the wrong place and at the wrong time.
6. My raya started at 7AM and ended at noon. Sembahyang raya, bersalaman dan bermaafan sesama kami ahli keluarga, bagi duit raya, makan sedikit rendang atau kuih-muih, ziarah kubur, pulang ke rumah, salin pakai baju biasa, dan rutin raya aku berakhir di situ. Jam-jam berikutnya, atau hari raya kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, aku anggap tak lebih hanya sebagai sebuah konstruk sosial hidup bermasyarakat, dengan sedikit keperluan untuk menghadiri jamuan rumah terbuka, balik kampung, mengunjungi rumah sanak-saudara dan entah apa benda lagi.
7. Some say hari raya is all being happy. There, I couldn't agree more. Tetapi dalam tempoh setahun, hari raya adalah satu-satunya hari di mana aku boleh menangis seperti anak kecil sewaktu memeluk tubuh Ayah dan sewaktu menziarahi kubur arwah Ibu. I deserve that kind of sadness once a year.
8. Sungai Petani adalah tempat yang syiok hanya untuk tempoh kurang daripada 24 jam. Selepas tempoh itu, ia bertukar jadi neraka.
9. Kena kejut bangun sembahyang Subuh, duduk sarapan pagi makan nasi lemak, dan kemudian dapat tazkirah percuma tentang kehidupan dan keagamaan (bebelan panjang sebenarnya) daripada mak dan pak sedara secara berjemaah. Don't get me wrong. I genuinely enjoyed every second of it. Apabila ada manusia masih peduli untuk tegur, marah, dan nasihat seorang narsis seperti aku, what more could I ask for?
10. They're bunch of good people. And I love hearing their life stories. Sentiasa bercakap dan bercerita perkara-perkara baik tentang arwah Ibu.
11. Habiskan raya kedua sehari-suntuk di Penang dengan R. Dia beraya di Perlis. Aku di Kedah. Maka di kesempatan yang ada, kami merayau-rayau merata hala tanpa ada apa-apa rancangan menarik.
12. Sebelum itu, dia pelawa aku pergi Langkawi. Aku balas, "Macam idea bodoh je naik feri pergi Langkawi semata-mata nak beli rokok sekarton." Dia turut bersetuju, maka kami tak jadi pergi.
13. Memandu seorang diri adalah sesuatu yang menyeronokkan. Aku boleh berhenti di mana-mana hentian rehat aku suka, boleh memandu laju atau perlahan tanpa terkejar-kejar, dengar lagu kegemaran aku tanpa ada manusia sibuk nak tukar kepada lagu lain.
14. "Kuruihnya hang la ni."
15. Mereka tanya bila aku nak kahwin. Aku cakap, entah. Dah ada calon ka, mereka tanya lagi. Aku balas, takdak, setakat berkawan kenal biasa-biasa tu, ada la.
16. God please, no. I won't settle for less. Ingat aku jenis sebat apa ada, asal boleh atau tangkap muat ke? Last time I checked, aku belum lagi kemaruk nak berbini. Kau ingat aku macam kau ke?
17. "Hang mau dak bini ustazah? Elok, baik, duduk di bla bla bla." Rasa nak tersembur keluar kerepek ubi pedas dalam mulut aku malam itu.
18. R tanya soalan kepada sepupu dia yang gila babi naif dan cedoi waktu kami duduk makan semeja, "kau tahu bila waktu paling senang nak tackle perempuan?" Dia sendiri tanya, kemudian dia sendiri jawab. "Paling senang waktu dia tengah ada problem dengan life, dan dia jadi vulnerable. "
19. Detik aku dalam hati, "rosak la sepupu dia ni dapat nasihat merapu-rapu entah apa-apa."
20. Love above marriage.
21. Tak pasti kenapa aku masih dapat duit raya pada umur begini. Jumlah terkumpul setakat ini: RM13.00.
22. So much to write about. I'll continue tomorrow.